bunga itu





Memandang bunga ditambah pula dengan keharumannya.
Subhanallah betapa indahnya ciptaan Allah

nikon F2 /55mmf2.8 micro-nikkor
centuria dnp100

di wajah berusia Mesir











Sayangi warga tua sepertimana mereka menyayangi dirimu . Di hari mendatang tempat kita sama seperti mereka . Masa menjemput kita tanpa menghiraukan hatta sedetik . Lakukan yg terbaik untuk DIRI, KELUARGA dan ISLAM .

tammat

simpan marah mu






tammat

RAGAM ALEXANDRIA


ragam manusia di mountazah alexandria mula kelihatan bila matahari mula melabuhkan tirainya. subjek digelapkan, untuk memperlihatkan ragam manusia di sini. betapa ramainya mereka yang empunya ragam yang sudah tentu tidak akan sama.


ragam sepasang merpati dua sejoli ini sedang menikmati panorama indah senja sambil memancing segala jenis ikan di lautan...lain tempat lain ragamnya..

3 pasangan dan masing-masing dengan pujuk rayu dan janji-janji manis. titipan kenangan indah ini turut saya rasakan walaupon masih single mingle..haha

puas si heroin ini berfikir, kemana hilangnya pemegang jambatan ini. si hero pon berkata, ape la susahnya sayang, pegang je tangan abang, kan selamat dan lebih baik...lalala~~

Menjadi jaga atau ( guard ) bukan lah satu kerja mudah. Apabila jam 7malam, dia akan menghalau semua pelawat beredar dari kawasan ini...ada hantu ke? tak de la..khabarnya untuk menjaga keselamatan, ditakuti ada yang terjatuh atau berlaku perkara yang tidak di ingini. Oleh itu haruslah beredar.


di pengakhiran kisah Ragam manusia Alexandria, akhirnya mereka pulang sendiri dengan membawa satu tekad, hidup di dunia yang nyata haruslah beralaskan nilai murni dan jiwa yang penuh dengan kasih dan sayang, khususnya kepada Rabbu al Jalal...

KAKI PANCING


sekitar jam 7am, kaki-kaki pancing dari Alexandria ini akan turun memancing dan sibok dengan punca pencariannya. ada yang menganggap ianya sebagai hobi, ada yang mencari rezeki dan ada yang sekadar untuk santapan dinihari. keasyikkan mereka bertemankan pukulan ombak dan deruan kuat angin pantai.


antara alatan2 yang perlu bagi si pemancing tegar Mesir ini hanya joran yang panjang sehingga mencecah 3meter, tali nylon, pelampung dan umpan. nampak mudah kan, tapi belum tentu dapat meraih hatta seekor ikan pun.



Memancing di atas batu2 besar ini sangat membahayakan. mereka hanya memakai stokin utk mengelakkan dari tidak tergelincir dan juga untuk menjaga kulit kaki dari menggelupas teruk.


walau ribut datang melanda, ombak jahat bisa membedil, tapi hati yang cekal, belum bisa dapat mengecewakan si kaki pancing ini. Lihatlah si dia, sambil rokok masih terpahat di bibir, mata dan tangan asyik melayan kerenah ikan di sisiran pantai.

Penangkapan si pancingan terus di kekalkan demi meraih membawa pulang sejumlah ikan yg boleh di makan bersama keluarga atau di jual di kedai dan di pasar ikan.

Lagak ngeri si hensem dan tampan seorang warga mesir di Alexandria yang dapat menambat hati hati kami untuk tidak putus2 mengambil gambarnya...terima kasih daun ubi, esok lusa boleh lagi piii...
si kecil cilik ini juga adalah seorang kaki pancing. Dia empunya minat yang sama dan berhasrat untuk mencari rezeki yang halal tanpa menyusahkan kedua ibu dan bapanya. apa yang kita dapat lihat dari riak wajahnya, si cilik ini begitu bersahaja dan yakin akan apa yang hendak dilakukannya..

Hari-hari indah berpagi di qaitbay qalaah salehuddin al ayubi ini dapatlah saya kongsikan bersama rakan rakan agar menjadi satu kenangan. Inilah sedikit sebanyak gambaran kaki pancing di Alexandria, Mesir.

BUDAK TANTA

kisah budak ni sangat syahdu dan mengayat hati aku,
dia dipukul dan dibuang oleh keluarganya.
Asal kelahirannya dan dimana dia tercampak?...


tercampak ke Alexandria dan dia diawasi dibawah pengawasan pihak yg aku sendiri tak tau, syaratnya dia tidak boleh keluar dr kawasan Qala'ah Salehuddin ini. apekah motif kanak kanak ini dipergunakan..?


apa yang lebih menghayat hati, kerana budak ini orang Tanta, duduk di mahattah, Awal Bahr. Aku juga duduk di Tanta. Siapakah yang perlu bertanggungjawab ke atasnya?...tiadakah pihak yang berwajib untuk menguruskan kehidupannya..?

jawapannya, masih ramai lagi anak-anak mesir seperti ini yang terbiar di sekitarnya...

selamat pagi ALEXANDRIA

Seronok ammu ni bermain Taulah pada pagi yang indah ini. permainan Taulah merupakan permainan tradisi orang arab. Permainan ini ada yang memainkannya secara suka-suka dan ada yang sehingga membuat taruhan berupa wang...

Pada waktu pagi, ramailah manusia yang memulakan kehidupannya dengan mencari rezeki. Lebih 50% penghuni arab Mesir mencari nafkah dengan berniaga.

Meminum secawan teh ( syai ) atau kopi merupakan santapan pagi/petang/malam yang menyegarkan bagi warga arab Mesir. Tidak hairanlah jika anda ke Mesir, anda sentiasa akan melihat ramai orang di kedai-kedai minum. Pagi petang siang malam syai.

Skil mudah untuk memberi makan kepada kuda dan keldai.

Taulah dan Domino antara kombinasi 2permainan termahsyur penduduk arab mesir.
Selamat pagi penghuni Alexandria. Moga ceria selalu..